Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kekasih Bekalkan Darah Untuk Lelaki Pontianak

darah

Texas – Ada macam-macam perangai pelik manusia. Salah satu adalah obses kepada pontianak dan ketagih minum darah, dengan alasan mahu mendapatkan tenaga.

Bagi seorang wanita, Blut Katzchen, 28, dia sanggup mengembara ke seluruh Amerika Syarikat bagi memenuhi ketagihan `si pontianak’ yang memberi alasan perlu minum darah untuk terus hidup.

Terbaru, dia menjadi pembekal darah kepada seorang lelaki, Michael Vachmiel, 43, yang mendakwa darah Blut memberikan tenaga kepadanya.

“Saya sentiasa taksub dengan cerita pontianak. Sejak kecil lagi saya tertarik dengannya. Untuk membekalkan darah, anda perlu mempunyai hubungan yang erat dengan `si pontianak’ dan perlu menikmati detik-detik ketika darah anda dihisap,’’ kata Blut.

Kedua-duanya yang kini berpacaran akan bertemu beberapa kali dalam setahun untuk mengadakan upacara memberikan darah.

Berbeza dengan filem pontianak di mana makhluk berkenaan akan menghisap darah dengan membenamkan taringnya ke leher mangsa, upacara yang dijalankan oleh Blut dan Michael adalah dengan menggunakan pisau cukur.

Pisau itu akan ditoreh ke belakang badan Blut dan kemudiannya cawan akan digunakan untuk menyedut darah tersebut, sama seperti proses bekam.

“Kami mengsterilkan seluruh bahagian yang ditoreh dengan alkohol dan Michael turut berkumur dengan pencuci mulut bagi memastikan mulutnya bersih ketika menyedut darah.

“Kami perlu pastikan proses ini sentiasa bersih dan saya telah melakukannya sejak 13 tahun lalu dan tidak pernah mendapat sebarang penyakit berkaitan darah,’’ kata Blut.

Jelasnya, Michael tidak perlu minum darah yang banyak untuk mendapatkan tenaga.

Sementara itu Michael berkata, dia mula ketagih darah sejak berusia 13 tahun.- mynewshub

 

Komen


Berita Berkaitan