Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kekalkan semangat `Persaudaraan Hakka’

Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan beberapa ahli Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bergambar kenangan bersama Musa Aman sempena perasmian Kompleks dan Dewan Hakka, Likas. - foto Ille Tugimin
Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan beberapa ahli Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bergambar kenangan bersama Musa Aman sempena perasmian Kompleks dan Dewan Hakka, Likas. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Komuniti Hakka diingatkan supaya mempersiapkan diri bagi mengharungi cabaran mendatang, dan dalam masa sama mengadaptasi semangat `Persaudaraan Hakka’.

Presiden Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Sabah, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong berkata, masyarakat Hakka wajar mengambil pendekatan seumpama itu agar mereka dapat menempuh cabaran yang sukar dalam dunia era baharu.

“Oleh itu, mulai sekarang kita bukan sahaja mengekalkan cara tradisi menguruskan persatuan tetapi juga meneroka beberapa cabaran dan peluang sebagai kelangsungan kita untuk tempoh jangka panjang,” katanya ketika berucap sempena perasmian Kompleks dan Dewan Hakka, Likas yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Jimmy berkata, kekangan kewangan dahulu menyebabkan persatuan berkenaan tidak dapat menyediakan khidmat maklumat dan perkhidmatan profesional kepada para ahlinya.

Walau bagaimanapun, ujarnya, keadaan sekarang adalah berbeza, malah situasi ekonomi persatuan pada masa ini lebih stabil hasil usaha pemimpin mereka yang terdahulu selain kerjasama erat daripada pimpinan kerajaan negeri masa ini.

Justeru, beliau menambah, dengan wujudnya bangunan Kompleks dan Dewan Hakka Sabah yang baharu dan siap sepenuhnya pada tahun lalu, mereka mampu menggandakan sumbangan kepada ekonomi negeri ini secara berterusan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan