Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kekalkan keistimewaan perayaan agama di negara ini

Sapawi beramah mesra dengan sebahagian pengunjung yang hadir di majlis tersebut.
Sapawi beramah mesra dengan sebahagian pengunjung yang hadir di majlis tersebut.

BEAUFORT – Sambutan perayaan keagamaan di negara ini seperti Hari Raya Aidilfitri begitu isitmewa kerana ia tidak hanya diraikan oleh umat Islam tetapi turut dimeriahkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Sehubungan itu, keistimewaan tersebut yang telah lama bertapak dalam komuniti di negara ini sebagai satu budaya dalam kalangan rakyat perlu dikekalkan dan dipertahankan.

Saranan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad yang menyatakan bahawa amalan tersebut membolehkan rakyat pelbagai anutan agama dan suku kaum menikmati kehamonian dan keamanan.

“Amalan ini sudah lama dan telah menjadi budaya rakyat bukan hanya di negeri ini tetapi di seluruh negara dan inilah keistimewaan yang kita miliki,” katanya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Sipitang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di Dewan Linkungan, di sini semalam.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Sipitang, Datuk Kamarlin Ombi; Naib Ketuanya, Datuk Ahmad Bujang; Ketua Wanitanya, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Pemuda, Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri, Suzie Hamat serta lebih 5,000 pengunjung.

Sapawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Sipitang, berkata, keistimewaan tersebut telah membawa rakyat untuk menghargai dan menilai akan pentingnya perpaduan dan juga persefahaman.

Menurutnya, keistimewaan yang dimiliki oleh rakyat negara ini tidak mampu dinikmati oleh rakyat di beberapa buah negara.

Beliau memberitahu, rakyat di beberapa buah negara terpaksa menyambut dan meraikan perayaan keagamaan masing-masing termasuklah Aidilfitri dengan suasana yang penuh kegelisahan dan penuh kebimbangan. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan