Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kekalkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum

Radin (tengah) merasmikan acara tersebut
Radin (tengah) merasmikan acara tersebut

TENOM :-Perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum harus dipertahankan demi kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh berkata  kerajaan Barisan Nasional (BN) giat melaksanakan program-program transformasi sosioekonomi demi kemajuan negara dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Beliau yang juga Adun Melalap berkata demikian semasa merasmikan Majlis Lau Sang sempena Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Kapitan-kapitan Cina Tenom bertempat di Pekan Tenom pada hari Rabu lepas.

Penganjuran acara Lau Sang oleh Kapitan-kapitan Cina itu amat berguna sebagai saluran untuk mengeratkan hubungan dan perpaduan kaum di daerah Tenom, katanya.

Kerajaan sentiasa menggalakkan badan-badan bukan kerajaan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan dan meningkatkan persefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini, katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) menambah masyarakat Cina turut memainkan peranan dalam pelbagai pembangunan sosioekonomi dan kestabilan politik di negeri ini.

“Masyarakat Cina khususnya di daerah itu disaran agar sentiasa turut serta dalam usaha-usaha kerajaan untuk melaksanakan program-program transformasi pembangunan kerajaan itu.

“Semua maklum balas masyarakat Cina terhadap program-program transformasi pembangunan kerajaan itu penting demi kejayaan program-program kerajaan itu,” kata Radin lagi.

Majlis itu turut dihadiri oleh Senator Datuk Dr. Lucas Umbul dan isterinya, Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Melalap, Simon Mamat, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Stanis Buandi, Pengerusi Penganjur Majlis Lau Sang, Kapitan Liew Foh Sin, Datin Angelin Tom, para kapitan Cina Tenom, Ketua Wanita PBS Bahagian Melalap, Rosnah Ullap, Ketua Pemuda PBS Bahagian Melalap, Martin Juanis, dan pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Tenom. – Sayangsabah.

 

Komen


Berita Berkaitan