Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kekalkan adat resam, bantu perkukuh institusi kekeluargaan

Samsudin berucap dalam majlis mencukur jambul yang disertai kira-kira 60 bayi dan kanak-kanak di Kampung Gas, Sandakan.
Samsudin berucap dalam majlis mencukur jambul yang disertai kira-kira 60 bayi dan kanak-kanak di Kampung Gas, Sandakan.

SANDAKAN – Pengekalan adat resam dan tradisi bukan sahaja dapat memperkukuh institusi kekeluargaan tetapi juga berupaya menangkis pengaruh negatif yang boleh menyebabkan keruntuhan akhlak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Yahya Hussin berkata, masyarakat sering terlupa untuk memberi perhatian kepada makna tersirat disebalik sesuatu adat itu kepada anak-anak muda.

“Kepentingan adat seperti mencukur jambul boleh menjadi teras kepada pembentukan identiti dan keperibadian bangsa. Adat yang berpandukan amalan dalam Islam juga sesuatu yang dibanggakan,” katanya ketika ditemui dalam majlis bergunting rambut beramai-ramai 60 bayi sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Gas Sandakan, di sini hari ini.

Katanya, majlis bercukur jambul tidak seharusnya dilihat sebagai tradisi semata-mata, tetapi simbol yang amat bermakna.

“Amalan tradisi seperti ini dapat mengukuhkan perpaduan keluarga, menyedarkan generasi sekarang tentang kepentingan kasih sayang terhadap keluarga.

“Semangat perpaduan dalam kalangan anggota keluarga memang jelas dilihat pada majlis-majlis seperti ini kerana mereka akan bergotong royong menyiapkan kelengkapan kenduri dan persediaan majlis bercukur jambul,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan