Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kekal fokus dan mantapkan strategi kunci kemenangan BN

LABUAN: “Barisan Nasional Labuan kini perlu kekal fokus dan memantapkan lagi strategi jentera pilihanraya secara terancang berbanding PRU-13 bagi memastikan rakyat Labuan terus memberi mandat kepada BN Labuan untuk terus membawa Labuan ke kemajuan berterusan.

“ Jentera BN Labuan yang berkerja sebagai satu pasukan yang mantap selama ini perlu mengekalkan momentum tersebut untuk memastikan BN Labuan terus memenangi PRU kali ini ”.

Calon BN bagi Parlimen P.166, Datuk Rozman Isli berkata demikian pada majlis sidang media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan dari Kuala Lumpur setelah menerima watikah sebagai calon BN, malam tadi.

Rozman komited bahawa jentera BN Labuan telah berkerja keras dalam masa terdekat ini demi memastikan kemenangan majoriti yang lebih besar kali ini serta terus memberi mandat kepada kerajaan BN untuk terus memerintah.

“Dengan kerajaan yang kuat adalah penting bagi membantu kerajaan sedia ada terus melaksanakan program transformasi nasional dengan lebih berkesan demi kebaikan rakyat Malaysia,” ujar Rozman.

“Sejak kepimpinan Datuk Seri Najib, kita dapat lihat ekonomi negara semakin rancak membangun yang mana saiz ekonomi negara juga melonjak dengan pertumbuhan Keluaran Dalaman Negeri Kasar (KDNK) yang meningkat hasil perancangan kerajaan yang memerintah hari ini,” ujar Rozman lagi.

Ketika ditanya pemberita mengenai perasaan terpilih menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Labuan PRU-14, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi BN serta Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor diatas keoercayaan yang diberikan kepadanya.

Turut serta, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias serta ketua komponen parti BN Labuan.-Penerangan Labuan.

Rozman (tengah) pada majlis sidang Media tersebut.

Komen


Berita Berkaitan