Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan tinju Piala Mayor jadi platfrom lahirkan peninju Sabah

7:45pm 31/07/2016 Leolerry Lajius 179 views Sukan,Tempatan

2016_0731_14465200(2) (1)

KOTA KINABALU: Penganjuran Kejohanan Tinju Piala Mayor Bandaraya Kota Kinabalu menjadi platfrom untuk mencari peninju bagi mewakili Negeri Sabah ke kejohanan tinju Piala Malaysia akan datang.

Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Bahari Bin Hj. Hassan berkata, kejohanan yang diadakan untuk kali ke-62 pada tahun ini mampu melahirkan bakal peninju dari negeri ini bagi mewakili Sabah ke kejohanan tinju di peringkat seterusnya.

“Saya berharap semua peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini sentiasa menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk merebut piala mayor ini,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan berkenaan mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu  Datuk Yeo Boon Hai, di sini, hari ini.

IMG_9955 (1)

Bahari turut menyatakan bahawa kejohanan yang bermula sejak 29 Julai yang lalu itu disertai oleh 13 pasukan dan merupakan penyertaan paling tinggi sejak dianjurkan.

Seramai 117 peserta yang terdiri daripada enam peninju wanita, 71 peninju lelaki dan 30 pegawai serta terdapat juga 20 orang pengadil yang terlibat dalam kejohanan yang berlansung selama tiga hari itu.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Bahari (kanan) menerima cenderahati sempena kejohanan berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan