Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejohanan tinju cungkil bakat baharu

KOTA KINABALU – Seramai 80 peserta lelaki dan wanita daripada gabungan persatuan tinju Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Tambunan, Nabawan, Keningau, Kota Belud dan Penampang menyertai Kejohanan Tinju Piala Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Kali Ke-60 yang diadakan hari ini.

Kejohanan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Persatuan Tinju Negeri Sabah itu dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia Dan Sukan Negeri, Datuk Suzannah Liaw, bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Suzannah berkata, kejohanan seumpama ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat baru tinju di peringkat negeri, malah ia juga sebagai satu medan untuk memilih peninju berpotensi dan berkualiti untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan.

“Pihak kerajaan negeri amat serius dalam program pembangunan sukan dan telah membelanjakan sejumlah kewangan bagi membiayai program latihan dan penyediaan persiapan atlet serta pasukan bagi menghadap kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penolong Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Negeri, Razali Mohd. Zinin.

Dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang diadakan di Perlis pada tahun lalu, Sabah telah meraih tiga pingat, masing-masing satu gangsa, perak dan emas daripada acara tinju. – Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan