Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan Terbuka Dart mendapat penyertaan peserta luar negara

12:28pm 01/04/2016 Leolerry Lajius 22 views Sukan,Tempatan
Joannes ketika melancarkan gimik perasmian kejohanan tersebut.-Oleh Alex Mairin

Joannes ketika melancarkan gimik perasmian kejohanan tersebut.-Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebanyak 60 pasukan melibatkan 300 orang peserta yang turut mendapat penyertaan peserta dari luar negara iaitu Singapura, Filipina, dan Brunei menyertai Kejohanan Terbuka Pertandingan Dart sempena sambutan ulang tahun ke-16 Bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Bagi acara perseorang pula, seramai 350 orang peserta perseorangan lelaki dan seramai 32 orang peserta wanita yang menyertai kejohanan ini.

Menurut Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Tuan Joannes Solidau, acara bertaraf antarabangsa ini diberi penekanan oleh pihak DBKK bukan sahaja untuk memberi peluang kepada para peserta untuk mengambil bahagian dan melancong malah sebagai salah satu platfrom untuk mengetengahkan nilai perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

“Saya difahamkan bahawa jawatankuasa penganjur telah mengekalkan bilangan acara yang diperkenalkan sejak tahun 2005 lagi iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta acara berpasukan yang merupakan tarikan utama kejohanan ini.”

“Selain itu, acara ini juga menyediakan landasan aktiviti rekreasi dan kesukanan untuk warga bandaraya Kota Kinabalu khususnya dan rakyat Sabah serta para peserta amnya,”katanya ketika berucap merasmikan kejohanan itu mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, di sini, hari ini.

Kejohanan ini yang diadakan bermula hari ini sehingga 3 April nanti, menawarkan hadiah wang tunai sejumlah RM7,000.00 berserta trofi bagi johan dan RM3,000.00 berserta trofi bagi naib juara untuk acara berpasukan.

Bagi acara perseorangan pula, johan perseorangan lelaki akan menerima hadiah wang tunai sejumlah RM1,200.00 berserta trofi dan johan perseorang wanita pula akan menerima hadiah wang tunai sejumlah RM800.00 berserta trofi. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu, membuat percubaan sebelum pertandingan dimulakan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu, membuat percubaan sebelum pertandingan dimulakan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan