Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan sukan MSS Negeri Sabah semai semangat kesukanan

9:50pm 27/05/2016 Leolerry Lajius 87 views Sukan,Tempatan
Umin (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan Hoki yang diadakan di Kompleks Sukan Likas.

Umin (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan Hoki yang diadakan di Kompleks Sukan Likas.

KOTA KINABALU:Kejohanan Hoki Kategori 18 tahun ke bawah peringkat MSS Negeri Sabah tahun 2016 menyaksikan johan dirangkul oleh Zon Barat bagi kategori perempuan dan Zon Utara bagi kategori lelaki, di tempat kedua pula adalah Zon Pedalaman bagi kategori perempuan dan Zon Barat bagi kategori lelaki manakala di tempat ketiga pula dirangkul oleh Zon Tenggara bagi kategori perempuan dan Zon Selatan bagi kategori lelaki.

Bagi anugerah khas pula pemain terbaik perlawanan adalah Inka Shafika Juani dan Iskandar Zulkarnain Tirow Nandra, pemain terbaik keseluruhan Hellyelofia Juan dan Faridzuan Bin Amin, penjaga gol terbaik A J Dianisa Diva Arman dan Mohd. Khairul Bin Tadol dan bagi penjaring terbanyak pula adalah Nurzurilawati Binti Saharudin dan Nasyrul Syahkir Bin Sadikul.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan bowling yang diadakan di CPS bowling Center Point Kota Kinabalu.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan bowling yang diadakan di CPS bowling Center Point Kota Kinabalu.

Dalam kejohanan sama bagi acara bowling, johan dirangkul oleh Zon Barat, naib johan Zon Sandakan manakala di tempat ketiga pula adalah Zon Selatan.

Kejohanan ini telah berlangsung sejak 24 Mei yang lalu dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Umin Bin Haji Sadi.

Objektif penganjuran kejohanan ini ialah memberi peluang kepada semua atlet di seluruh Sabah menyertai sukan sesuai dengan konsep ‘Sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan’.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Umin menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan hoki.

Umin menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan hoki.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan