Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejohanan Ragbi Papar Patron’s Cup Piala Datuk Rosnah bermula 24 hingga 26 november ini

PAPAR : Orang ramai dijemput memeriahkan Kejohanan Ragbi Papar Patron’s Cup Piala Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Karnival Ragbi di Padang Pekan Papar, pada ​24 hingga 26 November ini.

Menurut Presiden Persatuan Ragbi Papar (PRA), Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid, ketika bercakap kepada media di salah sebuah resort di sini, pada Selasa, berkata ​penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama Persatuan Ragbi Sabah dan Universiti Malaysia Sabah dengan format 10 sebelah.

Jelas Ghani, terdapat 16 pasukan bertanding dalam Kategori Lelaki Terbuka manakala enam pasukan lagi menyertai Kategori Wanita Terbuka daripada seluruh Sabah dan pihaknya menawarkan piala pusingan serta wang tunai bagi johan dan naib johan.

​Turut diadakan,​ festival dan malam gemilang ragbi pada hari yang sama dengan pengisian antaranya pertandingan scram, tarik tali, persembahan budaya serta perlawanan Ragbi SK Pekan Papar dan SK Pengalat.

​H​adir sama,​ Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kerja Raya, Hadi Kassim, Pengasas Trusted Shark, Mohamad Nazri Hamid, Pengurus Pasukan (PRA), Safri Maarof, Setiausaha Kehormat PRA, Awg Nasip Yunus dan Wakil Pejabat Pendidikan Daerah, Sharin Liman. /PENERANGAN

Hadi ​(dua dari kanan) ​mewakili Rosnah menyerahkan ​replikan cek Tajaan Kejohanan RM 40,000 kepada Ghani selepas sidang media​.

 

Komen


Berita Berkaitan