Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,807

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan Perahu Naga mengetengahkan kebudayaan masyarakat cina

10:47pm 20/05/2016 Leolerry Lajius 87 views Tempatan
Masidi (tengah) bersama Presiden Persekutuan Gabungan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Datuk Seri Panglima Dr. T.C Goh (kanan) dan Pengerusi Pengajur Kejohanan Perahu Naga Datuk Susan Wong Siew Guen (kanan) ketika membakar obor kejohanan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi (tengah) bersama Presiden Persekutuan Gabungan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Datuk Seri Panglima Dr. T.C Goh (kanan) dan Pengerusi Pengajur Kejohanan Perahu Naga Datuk Susan Wong Siew Guen (kanan) ketika membakar obor kejohanan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU:  Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa kali ke-3 menjadi platform mengetengahkan kebudayaan masyarakat cina di samping memperlihatkan keistimewaan perpaduan masyarakat majmuk di Sabah.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, kejohanan ini yang dianjurkan sendiri oleh masyarakat cina memperlihatkan usaha murni untuk mengekalkan kebudayaan mereka.

“Walaupun kejohanan ini merupakan kebudayaan masyarakat cina tetapi sudah menjadi amalan kita sebagai masyarakat Sabah yang majmuk, soal agama, bangsa mahupun budaya tidak menjadi isu kepada kita dan walau apa juga perayaan yang dirayakan di negeri ini, itu adalah perayaan kita bersama.”

“Keutuhan hubungan silaturahim dan perpaduan yang ditunjukkan oleh  penduduk di negeri ini menjadikan kita adalah contoh terbaik di negara ini,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Sunset Beach Party di Pantai Tanjung Likas, hari ini.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan iaitu kategori antarabangsa, persatuan-persatuan cina tempatan dan campuran yang turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM80, 000.

Kejohanan Perahu Naga yang turut disertai oleh pasukan dari luar itu akan berlangsung mulai esok dan akan berahir pada ahad.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan