Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan Lumba Perahu Naga Antarabangsa FCAS ke-3 bakal berlangsung pada bulan Mei

6:08pm 21/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 592 views Tempatan
Kenangan...Susan (lima dari kiri) bersama ahli FCAS semasa di sidang media sempena kejohanan lumba perahu naga antarabangsa (FCAS) Sabah ke-3 2016.

Kenangan…Susan (lima dari kiri) bersama ahli FCAS semasa di sidang media sempena kejohanan lumba perahu naga antarabangsa (FCAS) Sabah ke-3 2016.

KOTA KINABALU: Kejohanan Lumba Perahu Naga Antarabangsa anjuran Persekutuan Gabungan Cina Sabah (FCAS) Sabah kali ke-3 bakal berlangsung di Tanjung Lipat, Teluk Likas, disini selama dua hari bermula pada 21 Mei sehingga 22 Mei depan.

Pengarah pertandingan tersebut, Datuk Susan Wong Siew Guen berkata tarikh kejohanan itu diawalkan pada bulan Mei yang selalunya diadakan pada bulan Jun atas keputusan pihak penganjur bagi mengelakkan sebarang percanggahan tarikh dengan kejohanan lumba perahu naga antarabangsa yang lain.
“Perubahan tarikh kejohanan ini juga adalah bertujuan untuk memberi peluang para peserta antarabangsa untuk merasai pengalaman menyambut pesta Kaamatan yang berlangsung pada bulan Mei,”katanya.

Menurut Susan, dijangka seramai 120 peserta akan menyertai kejohanan ini yang merangkumi peserta daripada Taiwan, Shanghai, Foshan, Xiamen, China, Hong Kong, Singapore, Brunei dan Australia serta penserta tempatan.

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain seperti pertandingan memasak makanan tradisional ladu cina yang bakal diadakan dan akan diseliakan oleh komiti wanita FCAS Datuk Agnes Shim.

 

Maklumat yang lebih lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian berikut 088-253 433, 088-262 100 , 016-827 1884(Jeremy) atau 016-827 9675 (Victor).- Syafathin M.Y./SayangSabah

 

Susan menunjukkan piala kejohanan yang bakal dipertandingkan

Susan menunjukkan piala kejohanan yang bakal dipertandingkan

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan