Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejohanan Karate platform lahirkan bakal pemimpin

Pasukan Kata dari Vietnam
Pasukan Kata dari Vietnam

KOTA KINABALU: Hampir 300 orang peserta yang menyertai Kejohanan Karate Terbuka sempena dengan ulang tahun kali ke-16 bandaraya Kota Kinabalu yang diadakan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah Datuk Louis Rampas, kejohanan ini juga merupakan salah satu platform untuk melahirkan bakal pemimpin dalam kalangan belia yang menyertai kejohanan ini di samping mengeratkan semangat setiakawan.

“Menteri Belia dan Sukan kita juga sentiasa mendorong golongan muda untuk menyertai kejohanan seumpama ini kerana mampu memberikan pendedahan kepada belia untuk menonjolkan bakat kepimpinan.”

“Kita juga rasa bertuah pada hari ini kerana kejohanan ini turut disertai oleh Pasukan Terbaik Kata dunia dari Vietnam,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian kejohanan itu mewakili Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan, di sini, pagi tadi.

Tambah beliau, adalah diharapkan agar melalui kejohanan ini para peserta akan dapat berkongsi kebudayaan masing-masing dan turut mengalu-alukan kehadiran peserta dari luar negara.

Kejohanan tersebut bukan sahaja mendapat penyertaan dari peserta dalam negara malah mendapat penyertaan dari Iran, Indonesia, Vietnam, dan Philippines. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Louis ketika melakukan gimik perasmian kejohanan tersebut.
Louis ketika melakukan gimik perasmian kejohanan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan