Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan Futsal Pemadam Kebangsaan: Pemadam Sabah muncul tempat ke- 3

11:14am 16/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 193 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Nasional,Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan
Nurdin (kiri) bersama pasukan futsal lelaki Pemadam Sabah yang menang tempat ketiga Kejohanan Futsal Terbuka UTM-PEMADAM di Johor, semalam

Nurdin (kiri) bersama pasukan futsal lelaki Pemadam Sabah yang menang tempat ketiga Kejohanan Futsal Terbuka UTM-PEMADAM di Johor, semalam

KOTA KINABALU: Pasukan Futsal Lelaki dan Perempuan Pemadam Sabah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Futsal Terbuka UTM-Pemadam yang diadakan di Indahpura Sports City KulaiJaya, Johor.

Pasukan futsal lelaki Pemadam Sabah berjaya menewaskan Alanis FC  dari Johor pada pertandingan akhir semalam untuk memenangi tempat ketiga. Johan dan naib johan masing-masing dimemangi oleh ZM FT dari Kuala Lumpur dan Tampoi FC dari Johor

ZM menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan medal. Tampoi FC dan Pemadam Sabah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1000 dan RM750 serta medal.

Sementara dalam kategori wanita, pasukan futsal Pemadam Sabah berjaya menewaskan pasukan Southern Champ dari Johor dalam perlawanan akhir untuk memenangi hadiah wang tunai RM400 dan medal.

Sementara Johan dan Naib Johan masing-masing disandang oleh Pemadam Kuala Lumpur dan pasukan PFT dari Selangor. Johan menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan medal manakala Naib Johan menerima RM800 dan medal.

Pengurus pasukan Futsal Pemadam Sabah, Nurdin Ujud berkata, pemain Sabah telah menunjukkan aksi yang baik untuk memenangi tempat ketiga dalam kedua-dua kategori kejohanan itu.

“Memandangkan kejohanan ini adalah terbuka maka ianya disertai banyak pasukan yang memang hebat-hebat. Untuk kategori lelaki sahaja sebanyak 48 pasukan mengambil bahagian manakala kategori wanita disertai oleh 24 pasukan”, katanya.

Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Pendidikan Pencegahan Dadah di IPT & Kelab PEMADAM Kebangsaan, Prof.Datuk Dr.Mohd.Tajudin Haji Ninggal

Turut hadir ialah Setiausaha Eksekutif Pemadam Negeri Sabah, Puan Jossie Ansilmus @ Aisyah Abdullah. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan