Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan Fribis Antarabangsa Sabah kali ke 7, 19 dan 20 Mac depan

1:57pm 09/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 52 views Berita Pilihan,Global,Sukan,Tempatan
bhh2015 action 2

Kejohanan Frisbi Antarabangsa Sabah

KOTA KINABALU- Kejohanan Frisbi Antarabangsa Sabah kali ke-7 bakal berlansung selama dua hari bermula 19 sehingga 20 Mac tahun ini di Padang Sukma Likas, disini.

Kejohanan tersebut menampilkan penyertaan pemain antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jerman, China, Korea, Japan, Hong Kong, Singapura, Filipin dan Brunei.

Pengarah Kejohanan Frisbi Antarabangsa Sabah, Dinoza Mahruf berkata lebih kurang 260 orang perserta yang mendaftar dalam kejohanan tersebut dan jumlah tersebut meningkat sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.

“kami sangat teruja untuk menunjukkan kehebatan, daya saing dan pengalaman daripada pemain antarabangsa yang mana memberi manfaat yang amat besar kepada pemain tempatan,”katanya.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa kejohanan tersebut turut menarik minat pelancong dari luar negara yang ingin mengunjungi Sabah.

Katanya, kebanyakkan peserta ingin mendaki Gunung Kinabalu, melawati pulau-pulau, menyelam,berkayak dan pelbagai aktiviti tarikan pelancong semasa kunjungan mereka ke negeri ini.

Disamping itu, kejohanan itu juga bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan di kalangan para pemain. Maklumat selanjutnya boleh melayari www.borneoheadhuntershat.com atau laman sosial Facebook di www.facebook.com/groups/ultimatefrisbeesabah.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan