Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejohanan Dart Antarabangsa Terbuka Sabah Ke-10 pupuk perpaduan

Abidin sedang menyampaikan ucapannya
Abidin sedang menyampaikan ucapannya- foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Sukan sentiasa menjadi platform bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, beliau berbesar hati kerana Sabah terus menjadi tuan rumah kejohanan sukan antarabangsa yang mempertemukan pelbagai lapisan masyarakat, bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga daru Brunei, Filipina dan Singapura.

“Hal ini selaras dengan inisiatif bahawa sukan boleh memupuk semangat muhibbah dan persahabatan dalam kalangan peserta, serta menggalakkan pelancongan antara negara dan negeri,” katanya ketika berucap dalam perasmian Kejohanan Dart Antarabangsa Terbuka Sabah Ke-10, di sini, hari ini.

Disamping itu, beliau juga mengingatkan para peserta agar mengekalkan disiplin yang tinggi sepanjang kejohanan itu berlangsung kerana katanya, kemenangan dan kekalahan bukanlah ukuran sebenar untuk menentukan kualiti kecemerlangan sesebuah pasukan.

Sebaliknya, beliau menambah pasukan yang cemerlang itu adalah pasukan yang sentiasa menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi.

Menurutnya, sokongan dan sumbangan yang diberikan oleh pihak penaja kejohanan telah membantu mereka untuk menjayakan kejohanan itu sehingga ke tahap ini.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Antara peserta Kejohanan Dart Terbuka Sabah-foto Alex Mairin
Antara peserta Kejohanan Dart Terbuka Sabah-foto Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan