Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejohanan Bola Keranjang peringkat daerah Semporna pupuk semangat kesukanan

5:18pm 12/11/2016 Leolerry Lajius 51 views Semporna,Sukan,Tempatan
Para pasukan yang bertanding kejohanan bola keranajang.

Para pasukan yang bertanding kejohanan bola keranajang.

SEMPORNA: Sukan adalah satu bidang yang penting dalam proses pembinaan negara. Aktiviti-aktiviti sukan akan dapat melahirkan rakyat yang cergas dan berdisiplin yang sentiasa sanggup menghadapi cabaran dalam segala bidang kehidupan mereka.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban berkata, permainan bola kerajang diceburi oleh  segenap lapisan masyarakat.

Katanya, penglibatan golongan belia beliawanis dalam apa juga aktiviti sukan dan riadah memanglah sentiasa digalakkan oleh kerajaan kerana ia bukan sahaja menjurus kepada gaya hidup sihat

“Secara tidak langsung penglibatan mereka aktiviti bersukan dapat menghindarkan golongan ini daripada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak diingini.

Katanya tubuh badan yang sihat sudah tentulah dapat menyumbang kepada kesejahteraan negeri dan negara.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis penutupan Kejohanan Bola Keranjang peringkat daerah Semporna tahun 2016 di gelanggang terbuka Kg Sri Jaya, Semporna.

Kejohanan merupakan anjuran Kawasan Rukun Tetangga Sri Jaya, Semporna. Lebih kurang 3,000 orang menghadiri kejohanan itu.

Ramlee yang juga Adun Bugaya berkata, sukan bola keranjang dianggap sebagai pengisian yang mampu memupuk konsep persaudaraan, fahaman, penghormatan dan menyatukan masyarakat dalam satu hala tuju serta matlamat yang sama.

“Sukan bola jaring telah pun diiktiraf dalam arena sukan di peringkat antarabangsa dan perkembangan positif ini tentulah membanggakan kita dan dengan itu sudah semestinya kita meningkatkan kemahiran dan ketangkasan dalam teknik-teknik permainan bola keranjang,” tambahnya

Tegas Ramlee, kerajaan memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan dan mampu membangun modal insan yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

Jelasnya pelaksanaan kegiatan sukan oleh setiap pasukan dan pemain yang mengambil bahagian, nyatalah bahawa membangun modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan.

Dalam kejohanan tersebut johan pasukan Sahabat, naib johan Fedz Printing dan tempat ketiga Yes Baby./SayangSabah

Kenangan bersama....Ramlee bergambar kenangan bersama pihak penganjur.

Kenangan bersama….Ramlee bergambar kenangan bersama pihak penganjur.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan