Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejayaan sekolah bergantung kepada pengurusan PIBG yang cekap- Jainab

10:16pm 12/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 18 views Pendidikan,Tempatan
Jainab (tengah) memberikan sumbagan dana kepada SMK Bandaraya II yang disaksikan oleh Awang (kiri) dan Kusdi (Kanan). Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah ketua pibg (kanan) dan pengetua smk bandaraya (kanan)

Jainab (tengah) memberikan sumbagan dana kepada SMK Bandaraya II yang disaksikan oleh Awang (kiri) dan Kusdi (Kanan). Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mempunyai peranan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada pelajar dan guru- guru sekolah, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Menterinya, Datuk Hjh. Jainab Ahmad Ayid berkata tonggak kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada pengurusan PIBG yang cekap, bertanggungjawab dan ikhlas menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.

“PIBG sesebuah sekolah ditubuhkan bagi mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dengan guru di sekolah itu.

“Permuafakatan merupakan kunci kejayaan bagi membolehkan pihak PIBG dan pihak sekolah menggembleng tenaga ke arah kecermelangan yang diharapkan,”katanya.

Jainab berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-2, SMK Bandaraya II, disini, hari ini.

Sementara itu, pembentukan keperibadian anak- anak sebenarnya merupakan tanggungjawab ibubapa itu sendiri.

“Amat tidak adil melepaskan tanggungjawab itu sewenang- wenang di atas bahu guru dan pihak sekolah,” tegasnya.

Hadir sama, Pengetua SMK Bandaraya II, Tuan Hj. Kusdi Ribut, Yang Di-Pertua PIBG, Awang Akup Hj. Kahat, guru- guru dan para ibubapa. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan