Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejayaan pendidikan bantu pelajar keluar kepompong kemiskinan

Sapawi menandantangi plak sempena perasmian bangunan baru Asrama Daerah Yayasan Sabah di keningau.
Sapawi menandantangi plak sempena perasmian bangunan baru Asrama Daerah Yayasan Sabah di keningau.

KENINGAU – Peluang yang diperolehi oleh pelajar khususnya di luar bandar wajar dijadikan sebagai pendorong untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Saranan itu diluahkan oleh Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Datuk Sapawi Ahmad kepada pelajar yang tinggal di asrama KYS di sini.

Sapawi berkata, peluang tinggal di asrama itu membuka ruang kepada pelajar berkenaan untuk lebih fokus kepada pelajaran masing-masing.

“Tidak ramai pelajar yang dapat menikmati peluang seumpama ini dan apabila diperolehi ia tidak harus dipersia-siakan,” katanya sambil menambah bukan hanya pelajar, malah ada ibu bapa yang turut berharap anak mereka terpilih untuk tinggal di asrama.

Sapawi berkunjung ke asrama tersebut bagi menyerikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di asrama tersebut. Terdahulu, beliau PDCB Kampung Sinaron di Sook dan mesyuarat pengurus-pengurus kumpulan Zon Yayasan Sabah.

Katanya pelajar yang tinggal di asrama itu juga perlu sedar bahawa ibu bapa mereka amat mengharapkan mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing.

“Usah kecewakan ibu bapa atau keluarga. Untuk keluar daripada kepompong kemiskinan, pencapaian dalam pelajaran amat penting dan pelajar perlu sedar ibu bapa membenarkan tinggal di asrama kerana mahukan anak mereka berjaya dalam pelajaran,” katanya lagi.

Selain dapat memfokuskan kepada pelajaran masing-masing, Sapawi memberitahu pelajar yang tinggal di asrama itu juga dididik dengan disiplin tinggi, sekaligus membentuk jati diri mereka agar berusaha gigih mencapai kejayaan. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan