Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejayaan hasil kerjasama

Faisyal merasmikan Program Berkhatan dengan menyiram kanak-kanak yang bakal bersunat.
Faisyal merasmikan Program Berkhatan dengan menyiram kanak-kanak yang bakal bersunat.

KOTA KINABALU: Kerjasama rapat antara pelbagai pihak penting bagi memastikan kejayaan sesuatu program yang dilaksanakan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Haji Faisyal Datuk Diego, kerjasama yang terjalin bukan sahaja menjamin kelancaran program yang dilaksanakan malah secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak yang terlibat.

Beliau berucap Merasmikan Program Berkhatan anjuran bersama Biro Sosial, Kebajikan, Perumahan dan Penempatan Setinggan dengan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Kinabalu serta Biro Kesihatan UMNO Kota Kinabalu di Dewan PPS Sembulan.

Program Berkhatan merupakan salah satu aktiviti yang diadakan di bawah Program Membara Prihatin Rakyat 2015 bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk melaksanakan tuntutan agama berkenaan.

Program seumpama dijangka akan dilaksanakan secara berterusan dan diperluas ke kawasan lain. Seramai 19-orang kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun menyertai program berkhatan itu.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan