Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejayaan bergantung kepada diri kita sendiri

Billy Yumbot (tengah) bergambar dengan graduan ATI
Billy Yumbot (tengah) bergambar dengan graduan ATI

KOTA KINABALU: Sembilan belas rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya menyedari hakikat bahawa kerajaan hanya boleh melakukan segala yang terdaya untuk meningkat taraf hidup rakyat, namun hasil daripada usaha itu sebenar bergantung daripada keazaman individu itu sendiri.

Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah, Billy Yumbot berkata, rakyat di negeri ini perlu belajar berdikari dalam usaha mencari dan menggunakan peluang yang ada untuk memperbaiki kehidupan keluarga dan diri mereka sendiri.

“Kerajaan sentiasa berusaha membantu meningkatkan taraf hidup rakyat melalui program dan bantuan yang telah dihulurkan tetapi semua itu tidak akan berhasil tanpa usaha kita sendiri,? katanya ketika berucap merasmikan majlis Konvokesyen Kursus Penyediaan Makanan Tahap Dua, di sini semalam.

Tambahnya lagi, rakyat di negeri ini juga harus bijak dalam menggunakan media untuk mempromosikan kemahiran yang ada bagi mencerahkan lagi peluang mereka untuk berjaya. – Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan