Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejar ilmu pendidikan

11:32pm 26/11/2016 Leolerry Lajius 19 views Pendidikan,Tempatan
Aminah menyampaikan sijil penghargaan kepada Pelajar Cemerlang SK Pekan Kudat II, Kudat.

Aminah menyampaikan sijil penghargaan kepada Pelajar Cemerlang SK Pekan Kudat II, Kudat.

Kota Kinabalu : Ibu bapa diminta memandang serius aspek pendidikan bagi memastikan mereka tidak terus tercicir dalam bidang itu kata Ketua Wanita UMNO Kudat, Datuk Aminah Ambrose

 

Beliau berkata ibu perlu mengutamakan pendidikan anak-anak mereka untuk seiring maju dengan masyarakat lain.

 

Katanya pelbagai kemudahan untuk tujuan pendidikan diberikan kerajaan bagi memastikan mereka tidak tercicir namun kesempatan itu tidak dimanfaatkan oleh kebanyakan mereka.

 

“Kita mahu pastikan tiada antara mereka yang tercicir dalam pelajaran malah kita harap mereka tidak mengambil kesempatan terhadap apa yang disediakan kerajaan dengan meminggirkan pendidikan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Graduasi dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SK Pekan Kudat II, Kudat.

 

Aminah turut meminta ibu bapa supaya tidak mengabaikan tanggungjawab menghadiri aktiviti anjuran sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kehadiran ibu bapa penting sebagai tanda sokongan dan galakan kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pencapaian pendidikan anak mereka.

 

Jelas beliau pihak sekolah sememangnya mengharapkan kerjasama bukan saja ibu bapa, malah pemimpin masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi kejayaan aktiviti yang dianjurkan sekolah.

 

Tegas beliau lagi penyertaan ibu bapa dan pemimpin masyarakat menjadi pendorong kepada kejayaan pihak sekolah termasuk dari segi akademik dan kemasyarakatan.

 

“Meskipun arus kemajuan dan penyediaan prasarana itu mungkin akan mengambil masa kerana terpaksa dilakukan secara berperingkat-peringkat, namun kita tetap menanam keyakinan tinggi bahawa kepimpinan kerajaan Pusat dan Negeri yang ada pada hari ini adalah yang terbaik sama ada untuk rakyat hari ini mahupun untuk rakyat pada masa akan datang,” ujar Aminah..

 

Dalam majlis berlainan, Aminah turut merasmikan Majlis Graduasi & Hari Keluarga Taman Pendidikan kanak-kanak Kurang Upayah Kudat dan Program MEMBARA Ziarah Sayang Wanita di Kg sulongkapit, PDM Dandun Pitas./SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan