Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejamnya manusia

11:54am 15/09/2016 Pak Roshan 48 views Global
WANITA terbabit bersama anaknya yang diculik.

WANITA terbabit bersama anaknya yang diculik.

New Delhi: Seorang bayi berusia 11 bulan dilarikan dari tempat tidurnya dan dirogol sebelum ditemui di dalam belukar dua jam kemudian.

Ibu kanak-kanak itu berkata, dia terjaga di tengah malam dan menjerit sebaik melihat anaknya yang tidur sekatil dengannya tiada di sisi. Keluarga miskin itu tinggal di dalam khemah di kawasan tapak pembinaan di New Delhi.

“Saya terjaga kerana rasa tidak sedap hati dan menjerit sekuat hati apabila melihat anak tiada di sisi menyebabkan penghuni khemah lain turut terjaga dan menghubungi polis.

“Anak saya ditemui di dalam belukar 30 minit kemudian dengan kesan kuku di seluruh badan,” katanya.

Wanita berusia 25 tahun itu kini bimbang anaknya akan mengalami masalah kesihatan jangka panjang akibat kejadian itu.

Mangsa yang mengalami pendarahan teruk dibawa ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu suaminya berkata: “Saya terkejut dan berharap Tuhan membalas perbuatan kejam ini.”

Timbalan Komisioner Polis Delhi Barat, Pushpendra Kumar mengesahkan seorang lelaki, Vijay Singh, 42, mengaku melakukan kesalahan itu.

“Suspek mengaku melarikan bayi itu dan membawanya ke kawasan belukar sebelum merogolnya selama hampir dua jam.

“Dia ditangkap dan kini menunggu untuk dibicarakan,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan