Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kejam sungguh

THORBURN (kiri bersama isteri dan anaknya termasuk Trent (kanan). Gambar kecil, Tialeigh. – Daily Mail

 

Brisbane (Australia): Seorang lelaki dipenjara seumur hidup selepas mengaku salah membunuh anak angkatnya berusia 12 tahun untuk menutup kemungkinan gadis berkenaan hamil dirogol ahli keluarga mereka.

Rick Thorburn, 57, mengaku membunuh Tialeigh Palmer pada 29 Oktober 2015 selepas anak kandungnya Trent mengaku kerap mengadakan seks dengan mangsa dan bimbang menyebabkannya hamil. Thorburn turut mengaku mengganggu mayat Tialeigh, cuba mengganggu proses keadilan dan memberi sumpah palsu.

Mayat Tialeigh yang reput teruk dan cuma berseluar dalam ditemui nelayan di tebing Sungai Pimpama, enam hari selepas dia dilaporkan hilang. Keadaannya yang reput menyebabkan punca kematian tidak dapat diputuskan.

Thorburn sebelum itu memberitahu polis dia menghantar Tialeigh ke sekolah seperti biasa sebelum kanak-kanak berkenaan hilang.

Ketika menjatuhkan hukuman, Jumaat lalu, Hakim David Boddice menyelar perbuatan Thorburn sebagai menjijikkan, manakala pembunuhan serta usaha menutup kematian mangsa sebagai ‘kejam, licik serta tidak berhati perut,’ lapor ABC News.

“Kamu langsung tidak menunjukkan hormat terhadapnya, walaupun dia sudah mati. Kamu membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa ini sedangkan dia mengharapkan perlindungan kamu,” katanya.

Tialeigh mula tinggal bersama keluarga Thorburn pada Januari 2015. Sembilan bulan kemudian, Trent mengaku kepada seorang sepupu dan ibunya, Julene, dia mengadakan seks dengan Tialeigh dan bimbang kanak-kanak itu hamil.

Julene seterusnya memberitahu Thorburn, yang membunuh Tialeigh dengan menekup muka mangsa menggunakan bantal kerana bimbang Trent dipenjarakan jika perbuatannya terbongkar.

Susulan itu dia memberitahu isteri dan anaknya bahawa mereka perlu melindungi Trent dengan melupuskan mayat mangsa.

Sepanjang siasatan, semua ahli keluarga berkenaan memberikan maklumat palsu yang sama menyebabkan polis sukar menyelesaikan siasatan, sehingga menerima maklumat daripada sumber tidak diketahui yang menunjukkan keluarga itu sebenarnya terbabit.

Polis kemudian meletakkan peranti pendengar di dalam kediaman mereka dan antara lain, Thorburn didengar mengarahkan keluarganya ‘tidak mengubah cerita’ manakala Julene didengar berkata: “Ayah membuat keputusan bertindak seperti itu jadi malangnya kita semua terpaksa menuruti.”

Pertengkaran kemudian berlaku antara Julene dan suaminya yang mendedahkan kisah sebenar seterusnya membawa kepada penangkapan mereka. Julene dipenjara enam bulan, manakala anak sulungnya Joshua tiga bulan selepas mengaku memberi sumpah palsu.

Trent pula dipenjara empat tahun pada September tahun lalu selepas mengaku salah atas empat tuduhan termasuk sumbang mahram. – DailyMail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan