Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejam, Lelaki Baran, Gantung, Cekik Kanak-Kanak

8:29pm 26/07/2016 Pak Roshan 1121 views Jenayah,Mutakhir

cats-2

TIGA siri video amatur memaparkan seorang lelaki menyiksa dan mendera dua orang budak lelaki telah mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial Facebook.

Video berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Siti Nur Suhada Ayub pada 23 Julai yang lalu dan telah ditonton lebih 12 ribu kali.

Menurut laman Stomp, klip video yang pertama memaparkan seorang lelaki yang berseluar pendek dillihat menghumbang dua orang budak lelaki ke dalam sebuah tong berwarna biru.

Tindakan lelaki itu, menyebabkan kanak-kanak malang itu hampir kelemasan setelah diperlakukan sedemikian rupa.

childmain_0

Manakala video kedua pula memperlihatkan dua orang kanak-kanak lelaki menjerit dan menangis setelah mereka digantung secara terbalik di bingkai pintu dengan keadaan kaki ke atas dan kepada menghala ke bawah.

Seorang lelaki kedengaran menjerit dan memarahi kanak-kanak malang itu sambil memukul mereka tanpa belas kasihan.

EDW

Di dalam video yang ketiga pula, seorang kanak-kanak dilihat meronta-ronta dan menangis ketakutan setelah dicekik oleh seorang lelaki menggunakan sebelah tangan. Lelaki berkenaan mengherdik kanak-kanak itu walaupun jelas terpancar di wajah kanak-kanak itu menahan kesakitan dan tertekan.

Menerusi posting yang dimuat naik, Siti Nur Suhada menulis kapsyen yang berbunyi; “Ya Tuhanku, lembutkanlah hati lelaki ini supaya dia dapat menjadi seorang ayah yang baik dan dapat membesarkan anaknya dengan baik, bukan seperti yang dipaparkan melalui video tersebut.”

Tidak dapat dipastikan tempat dan masa kejadian itu dirakam kerana maklumat terperinci tidak dinyatakan bersama video yang dimuat naik itu. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan