Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejam..Ibu dan Kekasih Awet Mayat Anak Dalam Tong Ikan

3:11pm 24/11/2016 Pak Roshan 2446 views Jenayah,Mutakhir

tong ikan

KEJAM…Selepas didera oleh ibu dan teman lelakinya, mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diawet dalam sebuah tong ikan dan disembunyikan di sebuah bilik di Flat Paya, Nahu, Sungai Petani, Kedah.

Harian Metro melaporkan, polis menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan di rumah terbabit kira-kira jam 1.25 pagi tadi, namun terkejut apabila menemui tong yang mengandungi mayat kanak-kanak lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, anggota polis yang sampai di rumah tersebut kira-kira jam 2 pagi menemui seorang wanita berusia 26 tahun dan mengatakan anak perempuannya telah dipukul oleh teman lelakinya.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

“Pemeriksaan polis di dalam rumah menemui mayat budak lelaki di dalam tong yang dibaluti dengan tilam (toto), kain batik dan pita pelekat.

“Wanita tersebut memberitahu teman lelakinya telah memukul anaknya sehingga mati dan mayatnya disimpan di dalam bilik,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia pada 9 November lalu selepas dipukul ibu kandung dan teman lelakinya.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan ibu mangsa kira-kira jam 6 pagi tadi.

Katanya, kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.  – mynewshub

SEKIRANYA anda tahu mengenai sebarang kes penderaan di tempat anda..hubungi segera 15 999 – Talian Kasih. Tindakan pantas dan prihatin anda mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang tidak bersalah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan