Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejadian ikan terdampar di Pantai Teluk Likas tidak benar-Polis

7:09am 08/12/2015 Leolerry Lajius 632 views Tempatan

received_1016217295105215

KOTA KINABALU: Polis Bandaraya Kota Kinabalu mengesahkan gambar yang diviralkan berkaitan ikan-ikan tamban yang terdampar di tepi pantai Teluk Likas Kota Kinabalu adalah tidak benar.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra pihak polis telah membuat pemeriksaan di sepanjang kawasan Teluk Likas namun tidak ada sebarang bukti yang menyatakan ikan-ikan tamban banyak terdampar di tepi pantai tersebut.

“Pemeriksaan dan rujukan juga telah dibuat ke Jabatan Perikanan Sabah dan juga pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (BDKK) yang bertugas di kawasan tersebut tetapi turut menyatakan perkara yang sama iaitu tidak ada sebarang kejadian seperti yg divarilkan sama ada pada hari ini mahupun minggu sebelumnya,”katanya.

Tambah beliau, gambar tersebut dipercayai merupakan gambar lama.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan