Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kejadian budak perempuan dan ibunya dilarikan tidak benar- Polis

6:56pm 25/04/2016 Leolerry Lajius 417 views Tempatan
Info yang menjadi viral di media sosial.

Info yang menjadi viral di media sosial.

KOTA KINABALU: Pihak polis menafikan kejadian berkaitan berita viral yang mengatakan seorang budak perempuan telah dilarikan di Kota Kinabalu.

Info yang menjadi viral itu menyatakan supaya orang ramai sama-sama mencari kereta mitsubishi storm di kawasan Kota Kinabalu kerana di dalam kenderaan tersebut terdapat seorang budak perempuan berusia lima tahun dan ibunya yang dibawa lari.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu iaitu ibu kepada Nurul Ainah pada jam 11.48 pagi tadi yang memberitahu bahawa anaknya Nurul Ainah Bin Mohamad telah membawa anak perempuannya yang bernama Aida Aiqa Rina Bin Arman ke Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati, pengadu telah dihubungi oleh anaknya, Nurul Ainah yang memberitahu bahawa dia ingin membawa anaknya ke Kota Kinabalu dan seterusnya ingin membawa anaknya itu ke  Kuala Lumpur,”katanya.

Menurut Chandra, Nurul Ainah juga dikatakan mengalami tekanan perasaan disebabkan masalah keluarga.

Pada jam lebih kurang 5.15 petang, pengadu menyatakan bahawa anak dan bersama cucunya itu berjaya ditemui oleh anggota polis Beaufort di sebuah stesen minyak dalam keadaan selamat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan