Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kehadiran KM serikan majlis perkahwinan anak Ghapur Salleh

cm

TAWAU: Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, menyerikan lagi majlis perkahwinan anak kepada Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh.

Pelbagai acara termasuk nyanyian, tarian zapin serta persembahan artis jemputan Firman AF 2014 diadakan bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan di Dewan Datuk Lau Gek Poh di sini.

Musa turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengantin Salleh Abdul Ghapur dan pasangannya S.Nadira Habib Ahmad selain tetamu lain.

Turut hadir di majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan serta menteri dan pembantu menteri kabinet. – SayangSabah

cm2 cmm

Komen


Berita Berkaitan