Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kegiatan penjaja haram akan dipantau

3:48pm 24/11/2016 Leolerry Lajius 20 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil serius terhadap isu penjaja-penjaja asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di tamu-tamu tradisi di kawasan Inanam.

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, operasi dari semasa ke semasa bagi menangani masalah penjajah haram di seluruh kawasan bandaraya  termasuklah di Pekan Inanam akan dijalankan.

“Pihak Persatuan Penjaja Tradisi Inanam juga telah diminta untuk menjadi mata dan telinga DBKK dan melaporkan kehadiran penjaja haram di tamu tradisi Inanam,”katanya.

Beliau turut menyatakan, sebagai salah satu langkah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas disekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan Bus Rapid Transport (BRT) memandangkan kos pelaksanaan BRT lebih murah berbanding dengan kos monorail.

“Pada masa ini, terminal bas di Kota Kinabalu sedang dalam pembinaan untuk memudahkan pelaksanaan BRT nanti,”katanya.

Tambah beliau, bagi menangani dan memastikan tiada pelajar yang terbabit dalam kegiatan atau pengaruh Daesh, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah juga mempunyai Pelan Tindakan Penguatkuasaan Agama dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Bahagian penguatkuasaan undang-undang syariah negeri juga telah mengadakan sebanyak lapan seminar ‘Cegah Jenayah Syariah’ di seluruh Sabah dengan kolaborasi PDRM bagi menjelaskan kepada pelajar-pelajar sekolah dan orang awam tentang bahaya Daesh.”

“Pada tahun hadapan, bilangan seminar ini akan ditingkatkan menjadi 12 program seminar dengan pengkhususan kepada Institut Pengajian Tinggi, Institut Pengajian Guru dan pelajar sekolah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan berbahasan Bajet 2017 ketika Persidangan DUN mesyuarat ketiga penggal keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan