Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kegembiraan sambut Krismas jadi mimpi ngeri

kereta

PAPAR: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut perayaan Krismas di kediaman saudara-mara dan rakan mereka di daerah ini bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki musnah terbakar.
Namun, nasib baik menyebelahi mereka apabila sempat keluar sebelum kereta itu musnah terbakar dalam kejadian di Bukit Melinsung kira-kira 3.25 petang tadi.
Seramai lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) diketuai oleh Penguatkuasa Bomba Azrin Piut, yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk memadam api kebakaran.
Siasatan awal polis mendapati mangsa sekeluarga yang dalam perjalanan balik ke Penampang selepas menyambut perayaan Krismas di daerah ini, menyedari terdapat kepulan asap keluar dari bahagian enjin kenderaan mereka.
“Mangsa yang memandu Toyota Futhuner itu kemudian berhenti di tepi jalan di Bukit Melinsung untuk memeriksa punca asap tersebut, bagaimanapun terkejut apabila mendapati enjin kenderaan itu mula terbakar,” kata pegawai penyiasat Sarjan Abdul Latif ketika dihubungi hari ini.
Katanya, mangsa kemudian mengarahkan ahli keluarganya yang lain untuk segera keluar dari kenderaan itu.
“Polis tidak mensyaki ada unsur jenayah dalam kejadian ini dan kebakaran itu dipercayai berpunca dari masalah enjin,” katanya lagi.
Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan