Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kegembiraan pelajar mulakan sesi persekolahan 2015

Seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah di SK Tomis. - foto Monica Gidong
Seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah di SK Tomis. – foto Monica Gidong

TAMPARULI – Keseronokan, kegembiraan dan keceriaan murid-murid sekolah di seluruh negeri tidak kira di bandar, luar bandar atau pedalaman termasuk di Sekolah Rendah (SK) Tomis Tamparuli, pada hari pertama sesi persekolahan 2015, jelas terpancar di wajah masing-masing, terutamanya murid Tahun Satu.

Kesemua 52 orang murid Tahun Satu hingga Enam di SK Tomis kelihatan kemas dengan berpakaian serba baharu iaitu pakaian seragam, kasut, stokin dan beg baharu.

Guru Besar sekolah itu, Sudi Tangara berkata, tahun ini seramai 12 orang murid Tahun Satu, iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan.

“Kebanyakan murid sekolah ini hanya berjalan ke sekolah kerana jarak rumah mereka berdekatan dengan sekolah dan murid Tahun Satu biasanya akan ditemani oleh ibu bapa masing-masing pada hari pertama untuk membiasakan anak-anak mereka dengan keadaan sekolah,” katanya.

Sudi berkata, walaupun jumlah murid di sekolah itu sedikit berbanding sekolah-sekolah lain namun semangat guru-guru seramai 11 orang untuk memulakan tugasan dan semangat murid-murid untuk belajar amat tinggi.

Murid-murid SK Tomis bersemangat dan ceria untuk memulakan sesi persekolahan. - foto Monica Gidong
Murid-murid SK Tomis bersemangat dan ceria untuk memulakan sesi persekolahan. – foto Monica Gidong

Ditanya harapan sekolah itu pada tahun ini, beliau berkata, mereka meletakkan sasaran untuk mendapat keputusan terbaik iaitu lulus 100 peratus dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang terakhir untuk tahun ini.

Mengenai Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia, Sudi berkata, ia akan diagihkan untuk murid
sekolah itu mulai esok.

“Kita sepatutnya mengagih-agihkannya pada hari ini tetapi, sukar untuk menghubungi dan memaklumkan kepada semua ibu bapa untuk datang ke sekolah kerana ada ibu bapa yang jauh dan tiada kemudahan telefon,” katanya.

Dalam pada itu Sudi berharap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran dapat memberikan keutamaan kepada SK Tomis untuk membekal dan membina rumah guru dan prasekolah. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan