Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEDUTAAN INDONESIA KERJASAMA DENGAN PDRM SIASAT TINDAKAN CEROBOH PULAU SEBATIK

polis1-600x3671-600x367

KUALA LUMPUR : Kedutaan Indonesia di Malaysia akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat tindakan warga negaranya menceroboh Pulau Sebatik, Tawau.

Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno berkata pejabat Konsulat Indonesia di Tawau kini memantau serta bertukar maklumat mengenai kejadian tersebut dengan PDRM.

“Pada masa yang sama Ketua Konsulat kami di Tawau telah mengarahkan pegawainya mengadakan rondaan dan mempertingkat langkah keselamatan di perairan Tawau serta pulau bersebelahan bersama dengan anggota ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dan PDRM.

“Sebaik penyiasatan selesai, 17 yang ditahan itu akan dibawa pulang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain memastikan hubungan baik antara Malaysia dengan Indonesia kekal, kerjasama itu perlu bagi memastikan tiada lagi pencerobohan haram berlaku di masa akan datang.

Jumaat lalu, 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tenteranya ditahan kerana dipercayai menceroboh masuk sempadan negara di Pulau Sebatik, Tawau dengan membawa senjata api.

Mereka dipercayai mahu mengecam dan mengambil semula seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu, yang ditangkap PDRM pada 10 Mac.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim sebelum ini dilapor sebagai berkata tindakan itu menyalahi undang-undang kerana mereka memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur imigresen yang betul selain membawa masuk senjata api.

Kesemua anggota polis dan tentera tersebut termasuk tiga orang awam kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.  Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Senjata Api 1960.  — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan