Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kedutaan Amerika, DBKK anjur aktiviti khidmat kemasyarakatan sempena Hari Amerika

Para tetamu kehormat dan para peserta kayuhan bergambar kenangan sempena program tersebut.

KOTA KINABALU: ​Program Kayuhan Basikal, Penanaman Pokok dan Pembersihan Jalan antara aktiviti kemasyarakatan sempena Hari Amerika yang berlangsung di Perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pagi tadi.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, aktiviti khidmat masyarakat anjuran Kedutaan Amerika dan DBKK seperti ini mampu memberi galakan kepada penglibatan anak muda untuk menyumbang kepada komuniti.

“​Khidmat masyarakat mampu memperkasa golongan muda dalam menyumbang tenaga dan masa mereka kepada komuniti.

“​Mereka perlu dilatih dan didedahkan dengan ​usaha aktiviti​ ke​masyarakatan yang murni ​​dan bermakna demi peningkatan ​​diri,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan.

Katanya, hubungan dua hala antara Sabah dan Amerika Syarikat sudah terjalin kukuh selama ini dan penganjuran aktiviti sedemikian akan mengeratkan lagi kerjasama harmoni dalam tempoh yang lama.

Pada program tersebut, seramai 140 peserta termasuk para pelajar institut pengajian tinggi menyertai kayuhan tersebut bermula perkarangan DBKK sehingga ke depan Bangunan Gleneagles.

Selain itu, aktiviti penanaman pokok dan pembersihan jalan raya turut dilakukan sepanjang jalan Hotel Gleneagles dan KK Times Square.

Hadir sama, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir, Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin./Penerangan-

Christina melakukan pelepasan kayuhan di hadapan bangunan DBKK.

Komen


Berita Berkaitan