Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kedudukan Solat Dalam Islam

3:36pm 10/03/2016 Zakir Sayang Sabah 22 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Solat memiliki kedudukan yang tinggi dalam islam. Kita dapat melihat keutamaan solat tersebut dalam beberapa point berikut:

1. Salah Satu Rukun Islam Dan Kewajiban Paling Utama Selepas Syahadat

Rasulullah SAW bersabda,

“Islam itu dibangun di atas lima perkara, yaitu: bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitulloh, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

2. Solat Merupakan Garis Pemisah Antara Muslim Dan Kafir

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya batasan antara seseorang dengan kekafiran dan kesyirikan adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solat, maka ia kafir”

Salah seorang tabi’in bernama Abdullah bin Syaqiq rahimahullah berkata,

“Dulu para shahabat Muhammad SAW tidaklah pernah menganggap suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.”

3. Solat Adalah Tiang Agama

Agama seseorang tidak tegak kecuali dengan menegakkan solat. Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal, Nabi SAW bersabda,

”Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.”

4. Amalan Yang Pertama Kali Akan Dihisab Pada Hari Kiamat

Nabi SAW,

“Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah solatnya. Apabila solatnya baik, dia akan dapat keuntungan dan keselamatan. Apabila solatnya rosak, dia akan menyesal dan rugi.

Jika ada yang kurang dari solat wajibnya, Allah SWT mengatakan,

’Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan solat sunnah?’

Maka solat sunnah tersebut akan menyempurnakan solat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu.”

Dalam riwayat lainnya,

”Kemudian zakat akan (diperhitungkan) seperti itu. Kemudian amalan lainnya akan dihisab seperti itu pula.”

5. Solat merupakan Penjaga Darah dan Harta Seseorang

Rasulullah SAW bersabda,

”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan “laa ilaaha illalloh” (Tiada sesembahan yang haq kecuali Allah), menegakkan solat, dan membayar zakat.

Apabila mereka telah melakukan semua itu, berarti mereka telah memelihara harta dan jiwanya dariku kecuali ada alasan yang hak menurut Islam (bagiku untuk memerangi mereka) dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala.”

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Rumah Zakat (RZ)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan