Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hutang FAM RM9 juta, TMJ akan bayar minggu depan

4:07pm 08/04/2017 Leolerry Lajius 8288 views Kota Kinabalu,Sukan,Tempatan

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) ketika sidang media berkenaan.

KOTA KINABALU: Kedudukan kewangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berada dalam kedudukan yang kurang stabil malah menanggung hutang mencecah jutaan ringgit.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan Presiden FAM berkata, kedudukan FAM dari segi kewangan berada dalam kedudukan yang kurang stabil dan perlu bekerja keras untuk memperbaiki masalah berkenaan.

“Buat masa ini, hutang FAM mencecah RM9 juta secara keseluruhan dan FAM akan melangsaikan hutang berkenaan minggu hadapan.”

“Saya perlu bekerja keras untuk memperbaiki apa yang exco lama dahulu gagal laksanakan untuk mengurangkan beban persatuan,”katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyurat FAM, di sini, hari ini.

TMJ turut menyatakan isu pembayaran hutang yang ditanggung oleh FAM itu turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan selain turut bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memantau setiap pasukan yang terdapat di negara ini.

“FAM juga akan bekerjasama dengan Kementerian Belia Dan Sukan ke arah pembangunan sukan bola sepak di negara ini dan pemain yang didapati mengamalkan rahsuah akan dikenakan tindakan penggantungan seumur hidup dan bukan lagi seperti sebelum ini yang hanya digantung setahun, dua tahun kemudian menjadi jurulatih selepas tempoh penggantungan tamat,”katanya.

Menyentuh mengenai isu jurulatih pasukan kebangsaan, beliau menyatakan pihak FAM telah menyenaraikan beberapa individu namun belum ditetapkan siapa yang akan dipilih.

“Telah ada beberapa senarai yang telah dikenalpasti tetapi belum dilantik kerana ia mempunyai hubung kait dengan status kewangan FAM sekarang.”

“Mereka perlu diberitahu mengenai status kewangan FAM dan sesiapa yang berminat kita akan pilih individu yang layak,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan