Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kedudukan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Rasmi Di Sabah Berbeza Dengan Sarawak – Salleh

9:20pm 20/11/2015 Pak Roshan 943 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

salleh-600x450

KOTA KINABALU : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kedudukan dan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di Sabah berbeza dengan di Sarawak.

Salleh berkata bermula tahun 1971, Sabah mengiktiraf penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di negeri ini.

“Pada tahun 1971, kerajaan negeri pada ketika itu mengumumkan enakmen di mana kita mengiktiraf Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Sebab itulah kita tidak sama dengan negeri Sarawak.

“Negeri Sarawak tidak ada berbuat demikian. Ini perlu diberi penegasan agar masyarakat faham bahawa bahasa rasmi di Sabah adalah Bahasa Malaysia,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pembentangan Bajet Negeri Sabah 2016 di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Beliau mengulas isu penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan Negeri Sarawak selain Bahasa Malaysia seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini.

Mengenai Bajet Negeri Sabah 2016, Salleh berkata bajet surplus itu menunjukkan kerajaan negeri pada landasan yang betul untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan tidak berbelanja melebihi hasil.

Katanya, hasil kerjasama dengan kerajaan persekutuan, Sabah mampu maju ke hadapan dalam pembangunan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan