Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kedatangan tahun baru 2016 disambut meriah

6:58pm 01/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Tempatan
Antara gerai-gerai yang dibuka di Tg Lipat sempena sambutan tahun baru 2016

Antara gerai-gerai yang dibuka di Tg Lipat sempena sambutan tahun baru 2016

KOTA KINABALU- Kedatangan tahun 2016 disambut dengan meriah oleh masyarakat di seluruh daerah ini, semalam.

Tg Lipat menjadi salah sebuah destinasi yang menjadi tumpuan kebanyakan masyarakat di daerah ini untuk meraikan tahun baru 2016 tidak kira bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Menurut Liew Siaw Chern, 17, bahawa mereka sekeluarga akan datang ke pantai tersebut untuk berkelah disamping menanti detik jam 12 tengah malam untuk menyambut Tahun Baru.

“Kami selalunya akan pergi berendam di dalam laut untuk membuang nasib tahun 2015 yang tidak bagus”, katanya.

Selain itu, Salwah Nordin, 25 berkata tujuannya datang ke tempat tersebut untuk beriadah bersama ahli keluarga.

“Memandangkan hari ini merupakan hari cuti, jadi saya mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama mereka”, katanya.

Kehadiran pengunjung yang ramai di kawasan pantai tersebut turut memberi kebaikan kepada penjaja- penjaja yang membuka gerai di sepanjang jalan kawasan tersebut.

Menurut salah seorang penjaja di Tg. Lipat, Micheal Mohammad, 29, bahawa beliau sangat bersyukur dengan kebenaran menjaja sementara yang diberikan oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Ini merupakan kali kedua saya menjaja di kawasan ini dan saya sangat bersyukur kerana pendapatan yang saya peroleh sempena sambutan tahun baru ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk membeli barang- barang sekolah anak- anak dan belanja sekolah mereka”, katanya.

Walaubagaimanapun, keadaan angin yang bertiup kuat kelmarin sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan para penjaja di kawasan itu.

“Selalunya pada tahun-tahun yang lepas, pengunjung akan mula memenuhi kawasan pantai ini sekitar seawal jam 4 hingga 5 petang, namun pada tahun ini, bilangan pengunjung agak kurang mungkin disebabkan oleh keadaan lautan yang bergelora akibat angin yag kuat ini”, kata salah seorang peniaga, Syafatin Yunus, 40

Sehubungan dengan itu, warga kerja SayangSabah yang diketuai oleh Ketua Editor, Anna Vivienne mengucapkan selamat Tahun Baru 2016 kepada semua rakyat Sabah. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Pengunjung datang beriadah

Pengunjung datang beriadah bersama ahli keluarga

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan