Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KEDAP,cabaran buat anak muda

4:28pm 14/11/2015 Leolerry Lajius 17 views Tempatan

KOTA KINABALU:Kejayaan para peserta KEDAP secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan kadar literasi di negara ini yang juga menjadi pendorong kepada generasi muda untuk menuntut ilmu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvokesyen Kali Keempat KEDAP di Hotel Promenade mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Panglima Musa Hj. Aman pagi tadi.

KEDAP yang ditubuhkan sejak tahun 2013 di sabah, merupakan pendidikan yang dikhususkan kepada orang dewasa dan kelas diadakan tiga atau empat kali seminggu.

“KEDAP merupakan salah satu platfrom mengetengahkan pendidikan sepanjang hayat yang diusahakan oleh kerajaan  melalui Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

Konvokesyen kali keempat pada tahun ini menyaksikan seramai 450 orang peserta yang telah menerima sijil. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Datuk Masidi menyampaikan sijil kepada peserta KEDAP

Datuk Masidi menyampaikan sijil kepada peserta KEDAP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan