Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KEDAP bantu penduduk pedalaman kuasai 3M

5:17pm 10/11/2016 Leolerry Lajius 11 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Program Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP), bantu peserta yang dahulunya tidak mengenal huruf kepada penguasaan kemahiran asas Membaca, Mengira dan Menulis (3M).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, program ini juga secara tidak langsung dapat menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak peserta yang terlibat.

“Dengan itu mereka boleh membantu anak mereka meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran dan ketidakhadiran dalam kalangan murid orag asli dan peribumi.”

“Perkara ini sebenarnya amat sinonim apabila merujuk kepada Global Monitoring Report (GMR) pada tahun 2009 yang mana dianggarkan sebanyak 776 juta orang dewasa atau 16 peratus populasi orang dewasa dunia berada pada tahap kurang kemahiran asas literasi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen kali ke-5 KEDAP, di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid.

Menurut beliau, kadar literasi orang dewasa 15 tahun ke atas di negara ini pada tahun 2007 adalah pada kadar 92.3 peratus dan diunjurkan berada pada kadar 96 peratus pada tahun 2015.

Peningkatan literasi dalam kalangan orang dewasa ini dilihat memberi kesan positif terhadap pertumbuhan dan perkembangan generasi muda.

“Kajian menunjukkan bahawa orang dewasa yang mempunyai tahap literasi dan pendidikan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti,”katanya.

Seramai 260 orang peserta dari 10 buah sekolah terpilih di seluruh Negeri Sabah terlibat dalam majlis berkenaan-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama peserta KEDAP sempena majlis berkenaan.

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama peserta KEDAP sempena majlis berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan