Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kedai Produk Sejuk Beku Di Tawau Disamun RM1,600

6:36pm 21/03/2016 Pak Roshan 184 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

TAWAU : Pemilik sebuah kedai menjual produk sejuk beku di Jalan Chong Thien Vun di sini kerugian kira-kira RM1,600 setelah premisnya disamun seorang lelaki bersenjata tajam, kira-kira jam 7.30 malam, semalam.

Ketua Polis daerah Tawau ACP Fadil Marsusu berkata kejadian berlaku ketika seorang pekerja wanita kedai itu sedang bersiap-siap untuk menutup premis berkenaan.

Namun seorang lelaki tidak dikenali yang bertopeng hitam secara tiba-tiba masuk melalui pintu belakang dan mengacukan sebilah pisau pemotong daging kepada pekerja berumur 47 tahun itu.

Katanya suspek yang dipercayai memakai kemeja-T biru muda, berketinggian 174cm dan berbahasa Melayu itu, mengarahkan pekerja tersebut menyerahkan barangan berharga dan wang tunai sebelum melarikan diri melalui pintu yang sama.

“Pekerja kedai itu telah menyerahkan dua buah telefon bimbit, tablet, peti tunai dan syiling yang dianggarkan RM1,000 serta dua tin minuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Fadil berkata penyamun itu tidak mencederakan pekerja berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan