Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kedai membekal peralatan dan bahan kimia terbakar

10:44am 24/08/2016 Leolerry Lajius 40 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Tingkat bawah sebuah kedai membekal peralatan dan bahan kimia untuk sekolah hampir musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Syarikat Intersains Sdn. Bud. Foh Sang, Lorong Kinabalu 2, semalam.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan kedai dua tingkat jenis kekal berukuran 40 kaki lebar dan 60 kaki panjang yang terbakar 90 peratus berkenaan pada jam 7.50 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 6 kilometer itu pada jam 7.59 malam.

Kedai dua tingkat jenis kekal berukuran 40 kaki lebar dan 60 kaki panjang itu terbakar 90 peratus dalam kejadian berkenaan.

Menurut makluman pihak bomba, tempat penyimpanan bahan kimia tidak terjejas dalam kejadian berkenaan dan tindakan pantas pasukan bomba mengawal kebakaran menyelamatkan satu deret bangunan rumah kedai lima pintu di bangunan berkenaan.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dari sumber air pili bomba berhampiran untuk memadam kebakaran.

Operasi yang melibatkan seramai 21 orang itu tamat pada jam 9.33 malam.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Kedai yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Kedai yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan