Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kedai Lampu Dua Tingkat Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

1:20pm 28/12/2015 Pak Roshan 1641 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan
Anggota Boba dan Penyelamat memadamkan api dari memusnahkan sebuah kedai lampu dan peralatan elektrik dua tingkat di Bandar Tyng Batu 6 dekat sini, hari ini. - Foto Bernama

Anggota Boba dan Penyelamat memadamkan api dari memusnahkan sebuah kedai lampu dan peralatan elektrik dua tingkat di Bandar Tyng Batu 6 dekat sini, hari ini. – Foto Bernama

SANDAKAN : Sebuah kedai lampu dan peralatan elektrik dua tingkat musnah dalam kebakaran di Bandar Tyng Batu 6 dekat sini, hari ini.

Api bagaimanapun dapat dikawal anggota bomba daripada merebak ke premis dan bangunan kedai bersebelahan yang turut menempatkan pejabat Bernama.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.57 pagi dan menghantar dua jentera bersama 15 anggota.

Katanya api dapat dikawal daripada merebak ke bangunan bersebelahan sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.37 pagi.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan kedai tersebut termasuk semua peralatan lampu dan elektrik yang dijual di situ, katanya.

Haikal berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, isteri pemilik kedai berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata kedai tersebut dibuka semalam sebelum ditutup pada pukul 3 petang.

Katanya kebakaran itu menyebabkan kerugian besar kerana kedai berkenaan turut menempatkan stok barangan elektrik selain lampu dan peralatan elektrik yang dijual di situ.

Menurutnya mereka dijangka mengambil masa lebih enam bulan untuk beroperasi semula.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan