Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kedai Emas Rugi RM200,000 Disamun Dua Lelaki Di Lahad Datu

6:07pm 06/02/2016 Pak Roshan 3647 views Jenayah,Mutakhir

rompak

KOTA KINABALU : Sebuah kedai emas di bandar Lahad Datu, kerugian kira-kira RM200,000 selepas disamun dua lelaki hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abd Rahman berkata kejadian itu berlaku 7.50 pagi ketika kedai terbabit baru memulakan operasi perniagaan.

“Ketika kejadian itu kedua-dua suspek berpakaian gelap dan masing-masing bersenjatakan objek menyerupai pistol dan sebatang besi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihaknya kini sedang giat memburu kedua-dua suspek berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan