Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kecualikan pengurangan perbelanjaan baikpulih banjir

Ahmad Mazlan (tengah) sempat meluangkan masa menggoreng mee ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Serbaguna Membakut.Turut kelihatan Ariffin (enam dari kiri). - foto Aryan de Vera
Ahmad Mazlan (tengah) sempat meluangkan masa menggoreng mee ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Serbaguna Membakut.Turut kelihatan Ariffin (enam dari kiri). – foto Aryan de Vera

MEMBAKUT – Kerajaan diharap tidak mengurangkan peruntukan perbelanjaan bagi menguruskan kerja pembaikan kemudahan infrastruktur di kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Meskipun kerajaan menghadapi penjimatan belanjawan dari segi perbelanjaan mengurus, usaha pemulihan pasca banjir wajar diberi keutamaan dan diteruskan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya menyarankan agar  peruntukan untuk tujuan pemulihan banjir dijadikan keutamaan dalam perbelanjaan kerajaan walaupun menghadapi kekurangan sebanyak RM5.5 billion dari segi belanja mengurus.

“Kita akan memastikan pemulihan pasca banjir seperti pembaikan rumah penduduk, jalanraya, jambatan, sekolah dan kemudahan insfrastruktur rakyat lainnya yang terjejas dapat dilaksanakan dengan segera.

“Saya juga akan melaporkan perkara ini kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri supaya keperluan ini dapat segera dibuat di kawasan terlibat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Membakut, di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Ariffin Mohd. Arif; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kimanis, Firdaus Anifah dan Ketua Puteri UMNO Kimanis, Saudah Serzaman.

Dalam perkembangan lain, Ahmad memaklumkan sebanyak 305,000 syarikat sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April ini.

Beliau berkata, situasi itu menunjukkan golongan peniaga sudah mula memahami dan kebaikan daripada pelaksanaan GST oleh kerajaan itu bagi mengukuhkan lagi ekonomi serta pembangunan negara.

“Kita juga menjangkakan pertambahan sebanyak 50,000 syarikat lagi yang akan mendaftar dengan GST dan rekod ini menunjukkan masyarakat peniaga sudah mula menerima kebaikan daripada usaha kerajaan ini,” ujarnya. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan