Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kecoh nama Kiram

LELAKI yang memiliki nama Kiram disoal siasat pasukan keselamatan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu. Gambar kecil, dokumen pengenalan lelaki yang memiliki nama Abdul Kiram Akok.
LELAKI yang memiliki nama Kiram disoal siasat pasukan keselamatan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu. Gambar kecil, dokumen pengenalan lelaki yang memiliki nama Abdul Kiram Akok.

Kota Kinabalu: Suasana di laluan masuk ke Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini, kecoh seketika apabila seorang ‘ahli keluarga’ Kiram ditahan ketika cuba melepasi sekatan jalan raya dilakukan pasukan keselamatan di Jalan Kepayan, semalam.

Lelaki terbabit, Abdul Kiram Akok, 51, ditahan selepas pemeriksaan mendapati dia memiliki dokumen pengenalan diri tertera nama ‘Kiram’.

Bagaimanapun, dia akhirnya dilepaskan selepas pasukan keselamatan berpuas hati dengan penjelasan diberikan selain mengesahkan lelaki terbabit tiada kaitan dengan keputusan perbicaraan 30 individu berkaitan pencerobohan Lahad Datu yang diadakan di Penjara Pusat yang dijadikan sebagai Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan sekatan jalan raya di laluan masuk ke Penjara Pusat dan menahan sebuah lori dinaiki lebih 10 pekerja asing untuk ke tempat kerja.

Hasil pemeriksaan terhadap penumpang lori mendapati salah seorang daripadanya memiliki nama Abdul Kiram Akok menyebabkan mereka diarahkan turun untuk pemeriksaan lanjut berikutan bimbang lelaki terbabit ada kaitan perbicaraan yang berlangsung. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan