Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kecewa wajah tak sama

PASANGAN ini bertengkar selepas mendapati wajah masing-masing berbeza dengan gambar di laman sosial.
PASANGAN ini bertengkar selepas mendapati wajah masing-masing berbeza dengan gambar di laman sosial.

Beijing: Pertemuan pertama satu pasangan di sini yang berkenalan melalui laman sosial tidak berlangsung seperti diharapkan.

Pertemuan yang sepatutnya merapatkan hubungan pasangan itu akhirnya menjadi pergaduhan yang memalukan.

Pergaduhan tercetus selepas pasangan itu saling menuduh satu sama lain menipu apabila mendapati wajah mereka berbeza dengan gambar yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut laporan media di China, pasangan itu merancang berjumpa di sebuah pasar raya selepas beberapa bulan berkenalan di Internet.

Bagaimanapun, pertemuan itu mencetuskan pergaduhan selepas mendapati wajah masing-masing berbeza dengan gambar di laman sosial.-Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan