Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kecemerlangan sukan tingkat imej, pengiktarafan negeri

Atlet karate, Ricky Leong Tze Wei, 29, menerima anugerah Olahragawan Terbaik.
KOTA KINABALU : Kecemerlangan dalam sukan menjadi platform untuk meningkatkan imej dan pengiktirafan kepada sesebuah negeri.
 
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, kejayaan sesebuah negeri tidak hanya diukur dari segi pencapaian ekonomi dan sosialnya sahaja.
 
Jelasnya, pencapaian cemerlang ahli-ahli sukan juga boleh menjadi satu petunjuk kepada pembangunan dan kemajuan yang dicapai.
 
“Atas sebab itu, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian dan sokongan penuh terhadap usaha untuk memajukan bidang sukan.
 
“Pelbagai insentif diberikan sebagai penghargaan dan suntikan semangat kepada semua atlet yang telah berjaya mengharumkan nama negeri serta sebagai inspirasi dan pendorong kepada para pelapis sukan yang baharu,” tambahnya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah Ke-28 2015/2016 di sini, pada Selasa malam.
 
Pada majlis tersebut, Musa dinobatkan sebagai Tokoh Sukan atas sumbangan, sokongan dan usaha beliau yang berterusan dalam memajukan arena sukan di Sabah.
 
Turut menerima anugerah, atlet karate, Ricky Leong Tze Wei dan atlet memanah, Fatin Nurfatehah Mat Salleh dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik bagi tahun 2015/2016.
 
Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Haji Juhar Datuk Mahiruddin.
 
Hadir sama, Toh Puan Dr Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni; Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Seri Panglima Radin Malleh dan isteri, Datin Seri Panglima Angeline Tom Imbayan; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masiung Banah dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Awang Damit Ag Anak./Penerangan-
Tun Juhar (tiga dari kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan kepada Musa (dua dari kanan) atas sumbangan dan sokongannya dalam bidang sukan negeri.

Komen


Berita Berkaitan