Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kecekapan Bomba Selamatkan Kilang Kayu Daripada Musnah

8:23pm 25/02/2016 Pak Roshan 204 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

bomba

TAWAU : Kecekapan dan kepantasan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau berjaya menyelamatkan sebuah kilang memproses kayu daripada musnah akibat kebakaran kira-kira pukul 2 petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata api sudah marak di kawasan luar Kilang Log Pong, di sini ketika pihaknya tiba di tempat kejadian.

“Kami menerima panggilan kira-kira pukul 2.20 petang dan seramai 21 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke lokasi dan tiba di sana 10 minit kemudian.

“Api dapat dikawal sekitar pukul 2.50 petang,” katanya.

Razali berkata 25 peratus daripada kilang itu terjejas selepas pihaknya dapat mengawal api daripada merebak.

“Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan